Sudah 2 hari Ifa di Malaysia. Selama dua hari ni lah , dia sering berbalas message dengan Arif yang masih di Australia. Jika di ingatkan kembali kejadian malam terakhirnya di Perth , amat memalukan! Dia susah untuk berkata sebegitu kepada seseorang melainkan abang-abang dan ayah nya sendiri. Dia tak pernah rasa macam ni bila dengan seseorang. Rasa gembira dan bahagia. Mungkinkah ini perasaan cinta? Cinta pandang pertama ? "Ahhhhh!" jerit Ifa spontan. "Hei! Kenapa ni adik?". Jeritan Ifa tadi mengejutkan abang yang keduanya itu ketika melalui hadapan bilik Ifa , Zamri Syahir. "Ehh angah. Takde apa-apa lah." "Takde apa-apa? Ni mesti menipu! Jerit sambil tersengih ni mesti ada makna! Cepat bagi tau angah!" Ifa enggan untuk beritahu. Ifa berlari keluar dari bilik apabila menyedari Syahir sedang mengejarnya. "Janganlah kejar!" jerit Ifa. Namun permintaan Ifa diendahkan. Syahir tetap terus mengejar Ifa sehingga ke ruang tamu. "Hei. Kenapa ni?" mereka terhenti apabila mendengar suara ayah kesayangan mereka. "Ayah... tengok angah tu kejar adik tiba-tiba" rengek Ifa. Ifa sememangnya anak yang manja. "Kenapa angah kejar adik?" "Ayah ni dengar sangat cakap adik tu! Ayah tahu tak , dia tersengih-sengih sorang-sorang dalam bilik? Mesti ada something!" mendengar penjelasan Syahir , Dato' Ismail terus memandang anak manja nya. "Adik , ada apa-apa ke? Baguslah , ayah dah lama nak cucu" "Ayah! Dah melampau lah tu!" Dato' Ismail hanya ketawa. "Mari sini duduk dengan ayah adik , angah.." . Syahir mengambil tempat duduk disebelah kiri Dato' Ismail manakala Ifa duduk disebelah kanan Dato' Ismail. "Ayah nak tanya something ni. Jawab dengan jujur, okay?". Ifa dan Syahir mengangguk.
"Kamu berdua ni bila nak kahwin?" soalan cepumas dilemparkan oleh Dato' Syahir . Hampir tersedak mereka dua beradik. Menyedari akan telatah anaknya , Dato' Ismail hanya ketawa."ayah ni kenapa tanya macam tu?" Tanya Syahir. "Kamu tu sudah 24 tahun. Muka segak tampan tapi masih tiada calon. Lainlah adik kamu ni , baru 21 tahun. Ayah boleh bagi kelonggaran lagi" jelas Dato' Syahir. Ifa dan Syahir hanya terdiam. "Hmm.. ayah tanya sekali lagi tapi tolong jawab dengan jujur. Kamu berdua tak ada suka sesiapa? Secret admire ke.." mereka berdua masih lagi terdiam. "Angah?" "Sorry ayah , buat masa ni angah takde suka sesiapa lagi" "Haish , harap saja muka tampan bergaya macam ayah , tapi tak ada kemahiran memikat . Tengok ayah , dulu ramai nak dengan ayah , tapi ayah pilih arwah mama kamu je" jelas Dato' Syahir. "Kamu tu kena pandai pilih. Jangan pilih dari segi penampilan saja , angah. Adik?" "Ya , ayah?" "Kamu takde terminat sesiapa?". Serba salah Ifa untuk menjawab soalan ayahnya itu. Kalau jawab 'tiada' , melepas pula peluang. Kalau jawab 'ada' , nanti beriya-iya pula angah dengan ayah. Entah Arif tu betul-betul maksudkan pada malam itu masih tak pasti. "Ada ayah. Tapi sekadar suka. Kami baru kenal 3 hari. Masa last day kat Perth." "Dia tinggal kat mana? Ada number phone dia?" "Dia tinggal kat Damansara Jaya. Adik ada number dia , sebab malam tu dia ajak adik pergi dinner. Hari ni dia balik Malaysia , ayah. Sebenarnya hari-hari adik message dengan dia" mendengar penjelasan Ifa , Syahir terus menyelit. "Baru kenal terus dinner?" "Yang penting dia gentleman tak macam angah! Poyo!"
Mereka berdua saling jeling menjeling. Dato' Syahir ketawa melihat anak nya. "Nanti kalau dia dah balik sini, cakap dengan dia ayah nak ajak dia dinner rumah kita." "Bila?" "Bila-bila masa , dimana jua" kata Dato' Syahir ketawa lalu meninggalkan anaknya. "Adik dengar tu? Tak lama lagi bertambahlah anak buah angah!" "Yang penting adik ada , angah ada?"
■◆■
Dah dua bulan Ifa kerap keluar dengan Arif. Mereka rapat. Arif sudah berkenalan dengan Syahir tempoh hari ketika Syahir menghantar Ifa ke One Utama. Syahir dan Arif juga kelihatan rapat. Syahir dan Arif kerap berjumpa . Hari ini mereka makan tengahari di KFC. "Ifa , ingat tak masa kita dinner kat Perth?" tanya Arif. "Ingat. Kenapa?" "Ingat lagi tak apa yang saya cakap masa dalam kereta sebelum awak turun tu.". Ifa mengangguk. "Awak betul-betul maksudkan ke?" tanya Ifa. "Saya cakap ni, awak jangan marah." pinta Arif. "Saya suka awak dari first day jumpa awak. Saya rasa awak dah tahu tu. Abang awak selalu cakap pasal hubungan kita. Sebenarnya hubungan kita sekarang ni macam mana ya?" Mereka berdua terdiam. Mereka memandang wajah antara satu sama lain. "Saya rasa hubungan kita sampai tahap ayah saya ajak awak dinner kat rumah malam ni" Arif terkedu. Betulkah apa yang telah dia dengar?
■◆■
*ringtone* Don't want much , I just want everything. Thought that i could do almost anything. One step inf.... "Hello?" jawab Syahir. "Syahir, aku dah ada kat depan rumah. Bapak kau ada tak?" "Bapak aku mestilah ada. Ni mesti kes takut kan? Ala lek lah bapak aku chill punya orang. Bakal mertua kau juga. Masuk lah cepat" "kau jemput aku depan rumah boleh?" "Apa punya orang. Ok aku datang" talian dimatikan. Arif kelihatan segak malam itu. Arif keluar dari kereta sambil menjenguk ke dalam rumah menunggu Syahir untuk keluar menjemputnya. Keadaannya nampak tenang , tapi dalam hati berdebar!
Selang beberapa saat , kelihatan Syahir di muka pintu melambai-lambai ke arah Arif. Arif segera ke arah Syahir. "Masuklah." jemput Syahir menyuruh Arif masuk ke dalam rumah. Belum sempat melangkah masuk , Arif sudah menarik lengan baju Syahir. "Oi. Kenapa tarik-tarik ni?" "Bapak kau tu macamana?" soal Arif. "Maksud kau?" " Takdelah. Bapak kau garang ke?" Syahir mempunyai idea. Dia ingin mengenakan Arif. "Bapak aku tu pelik sikit. Semua benda yang tak betul sikit dia mengamuk. Kitorang yang dah besar ni pun selalu kena tampar dan kena tengking kaw kaw woo!" jelas sekali Si Syahir sedang menunjukkan belang. Arif semakin gusar. "Habis tu? Matilah aku!" "Just watch your step".
Syahir menjemput Arif duduk di meja makan sementara menunggu Dato' Ismail tiba ke meja makan. Arif dan Ifa saling bertentangan mata. Mereka berbalas memek muka dan jelingan mata. Syahir yang menyedari akan perlakuan mereka segera memintas "Dato' Ismail is coming, baby!". Dato' Ismail datang ke arah meja makan dan berjabat tangan dengan Arif. Muka Dato' Ismail sombong yang amat! Cukup untuk membuat Arif menggigil. Dato' Ismail smbil cekak pinggang , "So you're Muhammad Arif Taufiq bin Latif?" "Yes , Dato'" balas Arif dengan lemah gemalai. Sopan gituuu. Dato' Ismail mengherdik "Say it louder! Saya tak dengar awak!" "Yes , Dato' ! Saya Arif !" "Good.". Arif di permainkan seperti ahli platun. Apabila ketua platun memberi arahan berjalan , anggota akan menyebut "kiri kanan kiri" mengikut gerak kaki masing-masing. Bayangkan Arif berada di barisan platun, mesti platun menjadi huru hara!
Dato' Ismail duduk. "Enjoy the meal , Arif." jemput Dato' Ismail kepada Arif. Ifa bangun dari kerusi lalu mencedok nasi ke pinggan Syahir dan Arif. Apabila sampai di giliran pinggan Dato' Ismail , "Adik , nasi tu jangan banyak sangat!" "Baiklah" "Eh sikit sangat tu! Letak sikit lagi!" "Maaf , ayah" . Arif melihat Ifa dilayan seperti anak tiri. Walaupun ia hanya sebuah lakonan keluarga itu tetapi ia kelihatan benar di mata Arif. "Dato' Ismail Razali memang dasar cerewet!" kata hati Arif.
Beberapa minit kemudian , semua sudah selesai makan. Masa yang paling tidak disukai Arif sudah pun bermula. Dato' Ismail berdehem beberapa kali kemudian memulakan bicara "Arif , so berkawan dengan anak saya sejak dari Australia?". Lagak gaya Dato' Ismail bercakap tidak tumpah seperti sedang mesyuarat persidangan projek baru yang bernilai jutaan ringgit. Mesyuarat ini tidak boleh dibawa main , silap langkah , boleh bankrup company! "Ya , Dato' . Saya berkawan dengan Ifa since kat Perth". Suara Arif terketar-ketar. Syahir dan Ifa hanya menahan ketawa melihat reaksi Arif dipermainkan oleh ayah mereka yang tidak pernah berwatakan serius.
"Since you are my lovely daughter close friend , i must to know your attitudes" jawab Dato' Ismail. Dato' Ismail memperbetulkan duduknya sebelum kembali bertanya. "Solat cukup?" "Cukup, dato'" "Berapa kali sehari?" "Lima kali" "Maghrib berapa rakaat?" "Tiga" "Al-quran dah khatam belum?" "Dah" "Dah khatan?" "Dah" "Pernah bercinta sebelum ni?" "Tak pernah." "Yeke?" "Ya" . Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan , Arif masih lagi steady menjawab kesemua soalan itu. "You're great" ucap Dato'Ismail.
"Ada 3 syarat yang kamu kena patuh kalau nak berkawan dengan anak saya" kata Dato'Ismail. 3 syarat? Kenapa banyak sangat? Hati Arif tidak keruan , minta-mintalah ketiga-tiga syarat itu logik! "Apa dia Dato ?" "First , kamu kena ikhlas berkawan dengan dia. Did you?" "Ya , Dato. Saya ikhlas." "Good" Dato'Ismail minum seteguk air teh untuk membasahkan tekak sebelum kembali berbicara "Second , kamu kena pandai jaga hati dia." Arif mengangguk-angguk. "And the last one is very important.." ujar Dato'Ismail. Arif menunggu dengan penuh debar. "Oh My God, Syahir. Ayah lupa syarat dia" . Serentak dua beradik itu gelak berdekah-dekah setelah sejam menahan ketawa. "Ayah! You ruin everything!" Kata Ifa. Mereka ketawa tanpa henti. Arif yang dalam keadaan ingin tahu itu bertambah hasrat ingin tahu menahu . Apakah ?
"Sorry Arif. We prank you." kata Syahir sambil ketawa. "Jangan salah faham. Ayah bukannya garang pun." sambung Ifa. Arif yang masih dalam keadaan blur. Terkebil-kebil dia dibuatnya. "Maksud korang?" "Semua telah dirancang!"
■◆■
"Ohhhhhh! Korang memang menjadi!" kata Arif sambil turut ketawa. Dato'Ismail menepuk-nepuk bahu Arif. "Dorang yang dah pengaruh uncle nak buat prank ni".mereka masih ketawa kecil. "well Arif , uncle nak tahu lebih pasal family Arif. Bila agaknya uncle boleh jumpa mereka?" "Saya tanya dulu lah macam mana. Rasanya esok pun boleh sebab dorang ni tak pernah nak busy." "Seriously esok?" tanya Dato'Ismail. "Rasanya boleh" jawab Arif. "Okay apa-apa inform kat uncle. Uncle tahun ni tak busy sangat" Arif mengangguk-angguk. "Eh uncle , dah lewat ni. Rasanya saya kena minta diri dululah" "Eh nanti-nanti. Ifa , boleh tolong ambilkan bag kerja ayah kat bilik?" Ifa menuruti permintaan ayah nya lantas menaiki tangga. Setelah pasti Ifa telah hilang dari pandangan mereka , Dato'Ismail memulakan bicara. "Arif.. uncle nak tanya. Boleh?" tanya Dato'Ismail.
Lagaknya seperti mahu bertanyakan sesuatu yang penting. "Apa dia , uncle?". Dato'Ismail memandang Syahir di sisi sebelum memulakan bicara. "Kamu nak kahwin dengan Ifa?". Arif terkejut bagaikan diserang penyakit jantung. Dadanya berat sekali untuk bernafas. Walaubagaimanapun dia masih berlagak tenang. Mata Dato'Ismail tepat memandang ke arah Arif. "Bagitahu cepat. Nak atau tidak" . Arif terkaku. Kelu lidah. Keadaan menjadi sunyi hingga terdengar tapak kaki Ifa turun dari tangga. "Faster bro! Nak ke tak nak?" kata Syahir separuh bisik. Arif seperti hilang arah. "Nak ke taknak?" Tanya Syahir sekali lagi. Ifa sudah tercegat di tepi Dato'Ismail menghulurkan beg. "Nampaknya Arif macam nak tolak je tawaran uncle.." "Saya nakkkk!" Jerit Arif sebelum sempat Dato'Ismail menghabiskan bicara. Dato'Ismail dan Syahir tersenyum lebar manakala Ifa masih dalam keadaan ingin tahu.
"Sorry Arif. We prank you." kata Syahir sambil ketawa. "Jangan salah faham. Ayah bukannya garang pun." sambung Ifa. Arif yang masih dalam keadaan blur. Terkebil-kebil dia dibuatnya. "Maksud korang?" "Semua telah dirancang!"
■◆■
"Ohhhhhh! Korang memang menjadi!" kata Arif sambil turut ketawa. Dato'Ismail menepuk-nepuk bahu Arif. "Dorang yang dah pengaruh uncle nak buat prank ni".mereka masih ketawa kecil. "well Arif , uncle nak tahu lebih pasal family Arif. Bila agaknya uncle boleh jumpa mereka?" "Saya tanya dulu lah macam mana. Rasanya esok pun boleh sebab dorang ni tak pernah nak busy." "Seriously esok?" tanya Dato'Ismail. "Rasanya boleh" jawab Arif. "Okay apa-apa inform kat uncle. Uncle tahun ni tak busy sangat" Arif mengangguk-angguk. "Eh uncle , dah lewat ni. Rasanya saya kena minta diri dululah" "Eh nanti-nanti. Ifa , boleh tolong ambilkan bag kerja ayah kat bilik?" Ifa menuruti permintaan ayah nya lantas menaiki tangga. Setelah pasti Ifa telah hilang dari pandangan mereka , Dato'Ismail memulakan bicara. "Arif.. uncle nak tanya. Boleh?" tanya Dato'Ismail.
Lagaknya seperti mahu bertanyakan sesuatu yang penting. "Apa dia , uncle?". Dato'Ismail memandang Syahir di sisi sebelum memulakan bicara. "Kamu nak kahwin dengan Ifa?". Arif terkejut bagaikan diserang penyakit jantung. Dadanya berat sekali untuk bernafas. Walaubagaimanapun dia masih berlagak tenang. Mata Dato'Ismail tepat memandang ke arah Arif. "Bagitahu cepat. Nak atau tidak" . Arif terkaku. Kelu lidah. Keadaan menjadi sunyi hingga terdengar tapak kaki Ifa turun dari tangga. "Faster bro! Nak ke tak nak?" kata Syahir separuh bisik. Arif seperti hilang arah. "Nak ke taknak?" Tanya Syahir sekali lagi. Ifa sudah tercegat di tepi Dato'Ismail menghulurkan beg. "Nampaknya Arif macam nak tolak je tawaran uncle.." "Saya nakkkk!" Jerit Arif sebelum sempat Dato'Ismail menghabiskan bicara. Dato'Ismail dan Syahir tersenyum lebar manakala Ifa masih dalam keadaan ingin tahu.
No comments:
Post a Comment