Tuesday, 10 September 2013

Hanya Dia Yang Rasa | Bab 1

          "Ifa! Bangun lah!" jerit Ummi Aqina atau dikenali sebagai Qina mengejutkan Iyfa Syariza bangun tidur. "Kenapa ni ?" tanya Ifa sambil menggosok matanya lalu terkebil-kebil memandang wajah Qina yang agak ceria. "Last paper dah habis!!!" jerit Qina sambil melompat-lompat keriangan. Ifa masih lagi terkebil-kebil memandang Qina. "Hari ni last day kita kat Perth ! Come on Ifa ! Takkan nak tinggalkan Perth macam ni je? Jom lah keluar for last day kita kat sini! Tangkap gambar.. habiskan storage phone kita dengan gambar kenangan kita kat sini! Then kita habiskan duit beli souvenir nak bawak Malaysia!". Muka Ifa di tampar berkali-kali oleh Qina apabila menyedari Ifa masih lagi dalam keadaan mamai. "Dear! Aku mandi dulu! Lagi 2 jam kau tak siap lagi , aku tinggalkan kau!" jawab Qina sambil berlari-lari anak masuk ke dalam bilik air.

50 minit sudah berlalu. Mereka sudah pun bersiap untuk bersiar-siar buat kali terakhir di Perth. Qina lengkap bertudung labuh dan berbaju muslimah. Manakala Ifa pula berbaju kemeja hitam dan berseluar jeans hitam. Rambutnya berwarna hitam pekat itu dibiarkan lepas begitu sahaja. Sekali pandang , memang manis orangnya. Seumur hidup Ifa , dia tak pernah bercinta . Bagi dia tiada gunanya bercinta pada zaman belajar. Biarlah dia menerima lelaki yang boleh tanggung hidupnya , bukanlah bercinta pada zaman remaja .

"Kita nak pergi mana ni Qina?" tanya Amirah Najwa salah seorang rakan serumah Ifa dan Qina. "Jom pergi taman tema. Nak? Fun fair! Baru fair!". Amirah dan Qina terus melompat-lompat dan terus masuk ke dalam perut kereta. "Eh , habis siapa nak drive?". Qina dan Amirah tersengih-sengih apabila Ifa bertanyakan soalan yang amat mahu mereka elakkan. "Korang ni kan! Nasib baik hari ni last day tahu!" jawab Ifa lalu terus masuk ke dalam perut kereta ditempat pemandu.

                                                                                                           ■◆■

Ifa masuk ke dalam kedai kopi seorang diri. Mengambil tempat duduk dan memesan minuman panas setelah pelayan datang di meja Ifa. Qina dan Amirah seronok bermain di taman tema . Ifa seorang yang gayat , jadi dia duduk santai di kedai kopi sementara menunggu dua orang rakannya itu habis bermain . Iyfa termenung berseorangan. Memikirkan hidupnya pada masa akan datang. Mempunyai rumah sendiri , bersuami dan mempunyai dua orang anak. Sementara dia menyiapkan sarapan , anaknya kejar mengejar antara satu sama lain. Suaminya pula masih dibilik bersiap untuk ke pejabat. Bila si suami turun ke meja makan , dihidangnya roti bakar dan nasi goreng di atas meja untuk suami dan anak-anak. Si suami agak segak lengkap bertali leher. Dua orang anaknya pula lengkap berpakaian sekolah. Keluarganya bahagia dengan telatah anak-anaknya.

Lamunan Ifa terhenti apabila terdengar suara orang berdehem . "Boleh saya duduk?" tanya seorang lelaki yang berdiri di sebelah meja. Lelaki itu agak tampan , membuatkan ifa sendiri tersipu malu untuk melihat wajah lelaki itu. Ifa mempelawa lelaki tersebut duduk. "Sorang saja?" . Ifa mengangguk. "Jangan lah segan. Saya pun seorang kat sini. Saya cuma nak borak kosong. Boleh?" jawab lelaki tampan itu. Ifa hanya tersenyum sinis. "Saya Muhammad Arif Taufiq. Student kat sini. Awak?" "Iyfa Syariza. Student juga. Semalam dah habis paper. Esok balik Malaysia." jawab Ifa sambil menghadiahkan sebuah senyuman. "Oh. Saya last paper hari ni. A day after tomorrow saya balik Malaysia. Awak Malaysia kat mana?" "Damansara Utama" "Oh my godness , saya Damansara Jaya!". Mereka berbual tiada henti. Apabila Ifa memberikan sekuntum senyuman , senyuman itu dibalas kembali Arif kepada Ifa yang berkuntum-kuntum. Ifa tersipu-sipu malu apabila Arif tersenyum. Tampan katanya! Habis merah pipi Ifa dibuatnya.

"Hey Ifa , mind if we exchange our phone number?". Akhirnya soalan yang Arif ingin tanyakan tertanya juga. Arif juga sanggup menebalkan mukanya dari awal dia bertemu dengan Ifa lagi. Ifa mengeluarkan sebatang pen dari handbagnya lalu menulis 10 digit di atas sehelai tisu. "Got to go. Excuse me". Ifa keluar meninggalkan kedai kopi tersebut. Arif yang masih duduk di kerusi terus menyambar sehelai tisu itu. "Yes!" Gembira hati Si Arif kerana telah berjaya mendapatkan nombor telefon perempun idamannya!

Ifa mengeluarkan handphone dari dalam bag. Jarinya segera mendail Qina. Selepas beberapa saat , panggilan itu di jawab "Qina , kau kat mana?" "Aku baru turun dari Mini Coaster. Datanglah sini!". Selepas talian dimatikan , Ifa berlari-lari anak menuju ke tempat Qina dan Amirah. Dari jauh , Qina dan Amirah sudah pun kelihatan sedang berdiri menunggu ketibaan Ifa. "Aku laparlah.. jomlah makan!" rengek Amirah. "Memang nak pergi makan pun! Jom Ifa!" tangan Ifa segera ditarik. Hampir terjatuh dia dibuatnya.

                                                                                                           ■◆■

Mereka bertiga duduk semeja. Mereka sudah memesan makanan cuma tinggal tunggu saja makanan itu ke meja. Qina dan Amirah rancak berbual manakala Ifa hanya duduk memandang mereka berdua. Ifa tersentak apabila handphone nya berbunyi menandakan ketibaan message baru. Nombor yang mengirim message tersebut tidak dikenali Ifa. Segera dia membuka message tersebut.

••••••●●●●●★●●●●●••••••

"As'salam. Ni Arif. Masih ingat lagi?"

••••••●●●●●★●●●●●••••••

Ifa tersenyum-senyum apabila melihat nama Arif muncul. Dia terus Save nombor telefon itu. Tangannya ligat menekan kekunci untuk reply message tersebut.

••••••●●●●●★●●●●●••••••

"W'salam. Ya , saya masih ingat"

"Baguslah. Awak kat mana tu? Saya ganggu eh?"

"Saya kat kedai makan dengan housemate saya. Tak, awak tak ganggu pun :)"

"Malam ni awak free?"

"Free sangat2. Kenapa?"

"Jom , saya belanja awak dinner? Boleh sembang-sembang"

"Boleh. Tapi kat mana?"

"Petang nanti saya message tempat . Pukul 8 p.m , saya jemput awak . Ok? :-)"

"Okay . Thanks :)"

••••••●●●●●★●●●●●••••••

Message antara mereka berdua berakhir . Ifa tak berhenti tersenyum sendiri. Dia memikirkan wajah Arif yang handsome itu berada di depannya malam nanti. Mesti dia cair!

                                                                                                           ■◆■

Ifa sudah bersiap. Lengkap berbaju blous berwarna ungu yang mengikut bentuk badannya dan seluar berwarna hitam. Matanya di calitkan sedikit celak dan mascara. Bibirnya pula disapu lipstick berwarna merah jambu. Rambutnya yang ikal dilepaskan. Memang cantik Ifa malam ini! Persis seorang model cuma Ifa sedikit rendah .

"Kak Ipah! Menawan gila akak malam ni!" Ifa tersentak seketika apabila suara Qina bergema di telinganya. "Menawan? Biasa saja lah. Kan baju ni kita beli sama-sama hari tu!" jawab Ifa. Sebenarnya dia berasa bangga apabila dipuji sebegitu. "Biasa-biasa saja konon. Confirm! Si Arif tu tergoda punyalah dekat kau! Jangan risau!" Amirah yang tiba-tiba muncul disisi Qina pun ketawa. "Betul tu! Tak sangka pula kawan kita ni ada orang yang minat, kan?" Qina dan Amirah terkekek-kekek ketawa. Kedengaran bunyi hon kereta membuatkan mereka berdua terhenti. Qina menjenguk ke luar tingkap . "Ifa! Your husband is arrive!"

Ifa terkedek-kedek menuju ke kereta berwarna hitam yang berkilat. Sebenarnya Arif  mencuci keretanya sebelum datang menjemput Ifa. Teruja katanya. Arif keluar dari perut kereta dan membukakan pintu untuk Ifa. "Terima kasih" sekuntum senyuman terpapar di bibir Ifa. Arif terkedek-kedek masuk kedalam perut kereta dibahagian pemandu. Arif berlagak semuanya okay , tetapi hakikatnya tidak! Jika diberi peluang , dia akan menjerit seperti orang gila dan melompat-lompat keriangan. Dia berasa kekok memandu disebelah gadis idamannya. Misinya adalah satu , iaitu untuk memikat Ifa!

5 minit sudah berlalu. Keadaan dalam kereta sunyi. Tiada perbualan yang terbit dari mulut mereka. Arif tak berani memulakan perbualan kerana dia rasa gementar untuk berbicara dengan gadis idamannya. Manakala Ifa hanya memilih untuk berdiam diri. Ifa tak berani memulakan perbualan kerana Arif terlalu segak malam ini. Baju kemeja berwarna ungu dan seluar berwarna hitam. Memang sepadan mereka berdua malam ini.

Sepanjang perjalanan , tiada perbualan yang timbul. Suasana jadi sunyi sehinggalah tiba di Restoran makanan halal. Selepas mematikan enjin , Arif segera membuka pintu kereta untuk Ifa. Mereka berdua hanya tersenyum.

Arif pergi ke kaunter manakala Ifa hanya berdiri di belakang Arif. Seorang pelayan membawa mereka menuju ke meja yang telah ditempah oleh Arif petang tadi. Mereka berdua duduk menghadap satu sama lain. Masing-masing menjadi tidak tentu arah kerana berhadapan dengan idaman mereka. Akhirnya Arif memulakan perbualan. "Ifa , terima kasih sebab sudi keluar dinner dengan saya." "Takpe , lagi pun kita baru kenal. Apa salahnya ?" jawab Ifa.

Perbualan mereka berterusan. Kadang-kadang ia berganti dengan gelak ketawa . Sekali pandang , mereka seperti pasangan kekasih. Sehinggalah makanan yang dipesan tiba di meja mereka. "Thank you" ucap Ifa kepada pelayan tersebut. Mereka kembali bertentangan mata. "So Ifa , boleh cerita sikit tentang keluarga awak?" tanya Arif. "Okay. Saya anak bongsu antara 3 adik beradik. Abang saya yang pertama dah berkahwin and dah ada anak pun. Ayah saya ada company sendiri. Company kecil-kecil saja. 2 abang saya tu berkerja kat company ayah saya tu lah." jelas Ifa. "Mak awak?" "Mama saya dah meninggal 2 tahun lepas.."

Mendengar perjelasan Ifa , Arif rasa bersalah kerana telah menimbulkan isu itu. "I'm sorry , Ifa. Saya tak berniat...." "Takpe. Not your fault" jawab Ifa ringkas. "Mama meninggal sebab kemalangan jalan raya. Driver mama selamat , cuma kaki dia lumpuh. " terang Ifa. "Ada orang sabotaj mama. Kereta tu takde brek. Saya tak tahu kenapa ada orang sanggup buat macam tu. Kalau ya pun tak puas hati , cuba lah berbincang. Mama orang nya baik. Kenapa tak saya je yang mati?" "Ifa!" tegas Arif. "I'm sorry, Arif. But that what i feel." jawab Ifa sambil tertunduk. Ada air yang mengalir di pipi Ifa. Arif sedar akan keadaan Ifa. "Ifa , mama awak tu baik. Allah lebih sayangkan dia. Awak kena terima takdir. Ajal maut di tangan tuhan. Awak ambil lah iktibar dari apa yang berlaku , bentukkan diri awak jadi lebih baik." kata Arif cuba menenangkan Ifa. "Sudahlah janganlah menangis. Saya nak menangis juga ni". Spontan tangan Arif memegang tangan Ifa. Ifa memperkuatkan lagi gengaman tangannya. "Senyumlah.." pujuk Arif. Senyuman kecil terbina dibibir Ifa.

Selesai makan , mereka sambung berbual seperti sudah lama kenal. Semasa didalam kereta juga mereka berbual sambil bergelak ketawa. Kereta Arif berhenti di hadapan rumah Ifa. "Thank you Arif sebab belanja dinner!" ucap Ifa dengan ceria. Arif berjaya membuat Ifa kembali tersenyum riang. "Takde apa lah. So esok awak balik Malaysia?" "Yes." jawab Ifa ringkas. "Nanti kalau dah sampai Malaysia message saya tau! Kalau saya dah sampai Malaysia saya call awak. Boleh kita breakfast lunch dinner semua." "Boleh je! Asalkan awak yang belanja saya okay je." kata Ifa sambil ketawa kecil. "Okaylah . Saya turun dulu. ". Belum sempat Ifa membuka pintu , "Ifa. Ada something saya nak cakap" "Apa dia?" tanya Ifa. Pernyataan ini sukar untuk di luahkan oleh Arif tetapi dia kuatkan juga. "When i first met you , im fall in love with you" kata-kata Arif membuatkan Ifa malu. Pipinya merah , rasa hendak meletup kepalanya menahan malu bertambah suka. Suasana menjadi sunyi. Mata Ifa dan Arif bertentangan. Arif sudah gementar , takut gadis idamannya menolak. "Im sorry bec....." "I love you too , Arif " belum sempat Arif menghabiskan bicara Ifa sudah memotong. Ifa segera keluar dari kereta dan berlari-lari anak masuk ke dalam rumah.

Betul ke apa yang Arif dengar ?  Baru kenal 9 jam.  Arif seperti tidak percaya. Badannya terasa panas. Malu!

                                                                                                           ■◆■

No comments:

Post a Comment