Tuesday, 10 September 2013

Hanya Dia Yang Rasa | Sinopsis



Iyfa Syariza , seorang gadis yang manis . Dia berkenalan dengan Muhammad Arif Taufiq ketika menyambung pelajarannya di Univercity Of Perth di Australia. Mereka menjadi rapat dan sudah mengenali identiti masing-masing. Cinta berputik di antara mereka berdua dan akhirnya mereka disatukan menjadi suami isteri yang sah. Arif banyak membimbing Iyfa menjadi lebih baik.
Namun , dugaan yang besar telah menimpa mereka berdua. Iyfa terlibat dalam kemalangan ketika mengandungkan anak sulung mereka yang mengakibatkan Iyfa keguguran. Kenyataan itu telah diterima Arif tetapi tidak kepada Iyfa. Pelbagai insiden yang berlaku pada diri Iyfa.
Arif harus bersabar demi menjaga isterinya yang tercinta. Namun setelah satu demi satu dugaan yang menimpa , adakah Arif masih dapat menerima Iyfa dalam keadaan sekarang?

"Kau tahu tak aku bakal bernikah dengan Arif bulan depan? Aku excited tahu tak! Hanya aku yang rasa! Datang tau wedding kita orang nanti!" - Iyfa Syariza

"Ya Allah , kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menempuhi ujianMu ini. Kuatkanlah iman ku dan kesabaran ku. Aku tak mahu berpisah dengan dia. Kau sembuhkanlah dia , aku sayang dia sepenuh hati aku . Kau tabahkanlah dirinya . Dia seorang wanita yang kuat. Mampu menempuh ujianMu yang berat ini dengan sendiri. Hanya dia yang rasa... aku cintakan dia ..." - Muhammad Arif Taufiq

No comments:

Post a Comment