Wednesday, 4 September 2013

Tiada Apa Yang Perlu Aku Tahu | Bab 1

Seperti biasa , rutin harian ku bermula pada jam 5 pagi untuk mandi dan mengambil wudhu. Selepas solat subuh , aku akan sambung tidur hingga jam 9:30 pagi. Biasanya alarm di phone ku yang sering berbunyi memekik di telinga. Setelah mencapai phone untuk mematikan alarm , aku akan online Wechat untuk bersembang kosong sambil berbaring. Setelah menyedari jam sudah pukul 11 , aku akan bersiap2 untuk ke sekolah.

Biasanya aku akan sampai di sekolah pada jam 12:40 tengahari. Loceng pertama berbunyi menandakan pelajar masuk ke dalam kelas. Loceng kedua berbunyi pada pukul 3:30 menandakan pelajar tingkatan satu akan rehat. Aku adalah pengawas Tingkatan 1 jadi sepanjang pelajar-pelajar yang lain berehat , aku seperti biasa akan menjaga pondok bacaan yang agak terpencil bagi memastikan tiada pelajar yang curi - curi membawa keluar makanan daripada kantin.

Loceng ke tiga berbunyi pada jam 3:50 . Pelajar - pelajar berpusu - pusu memasuki kelas. Dan apabila loceng ke empat berbunyi pada jam 6:45 , waktu persekolahan sesi petang bagi Tingkatan 1 dan 2 tamat.

Tetapi hari ini lain...

Hari ni agak pelik. Selapas solat subuh , seperti biasa aku akan sambung tidur. Tapi agak sukar untuk melelapkan mata. Guling ke kanan , guling ke kiri . Masih tiada hasil. Badan terasa agak penat. Jadi aku membuat keputusan untuk mengulang kaji mata pelajaran yang aku sendiri agak lemah. 

Aku sukar memberi tumpuan , sedar tak sedar , sudah 30 muka surat aku baca . Tapi aku tak ingat apa - apa. Seperti aku baru saja membuka satu halaman muka surat. Aku cuba kosongkan fikiran dan mula membaca satu perkataan demi satu perkataan , tapi tiada hasil. Aku mudah lupa apa yang telah aku bacakan. Badan ku mula lemah. Rasa mahu pengsan. Aku segera tutup lampu dan baring di atas katil.

Tapi sama saja seperti tadi. Masih tak boleh melelapkan mata. Aku peluk bantal peluk sambil tenangkan fikiran dengan harapan dapat melelapkan mata. Bukan aku terlalu ikutkan rutin harian aku untuk tidur setelah usai menunaikan solat , tapi badan ku sangat penat. Lemah.. sangat lemah.

Akhirnya aku pasrah , aku hanya baring sambil tutup mata. Kadang - kadang aku buka mata , kadang - kadang aku pejamkan mata sekuat - kuat hati. Aku memang tak tahu apa perlu aku buat. Aku mati akal.

Setelah menghabiskan masa dengan termenung , alarm phone aku berbunyi. Aku menekan "dismiss" di screen phone. Aku turun dari katil . masih terasa sengal - sengal di bahagian kaki . Aku memulakan langkah masuk ke bilik air untuk membasuh muka. Setelah membilas muka dengan air yang agak sejuk itu , aku memandang cermin yang berada betul - betul di hadapan aku.

Terkejut punya pasal , aku jatuh terduduk di bilik air . Nafas ku tercungap - cungap. Terasa senak selepas jatuh terlentang begitu. Baju dan seluar aku basah tapi itu semua aku tolak ke tepi. "Aku ke tu ? Aku ke dalam cermin tu ?" Persoalan spontan keluar di bibir . Aku bingkas bangun untuk meneliti muka aku di cermin kembali. Sekali lagi aku terkejut , muka aku tampak berbeza dari sebelum ni. Muka aku pucat , terdapat lingkaran gelap bawah mata , bibir yang kering dan rambut yang agak tak terurus. Tapi lepas meneliti kembali pada cermin , muka aku biasa-biasa saja. Rambut tidak terurus , mungkin kerana aku baru bangun dari berbaring di katil.  "aku mamai agaknya.."

Aku toleh ke belakang untuk menyusun kembali botol - botol syampoo yang terjatuh akibat terjatuh tadi . Ada tompokan darah di atas lantai tersebut. "alamak ai , aku period ke?" Aku check seluar , memang ada tompokan darah . "haihh.."


Jam baru menunjukkan pukul 9:40 pagi . Seperti biasa , aku akan turun ke dapur untuk makan. Rumah aku tiga tingkat , jadi agak susah untuk aku turun dengan pantas dengan keadaan aku begini. Aku masih tak tahu apa masalah yang aku sekarang. Demam ? Pening ? Stress? Tension ? Aku tak pasti. Yang aku tahu , aku penat. Penat sangat - sangat ..

Aku masih melangkah satu demi satu anak tangga , sampai di anak tangga yang ke tiga , tangan dan kaki aku menggeletar. Kawasan sekitar menjadi gelap seperti lampu di tutup dan hanya bertemankan cahaya matahari yang menyinap masuk dari celah-celah langsir. Aku pening. Serabut. Dalam masa yang sama , ada satu tayangan flashback yang telah di mainkan di dalam fikiran aku. Aku tak tahu apa - apa. Nak di katakan ia adalah satu memori , aku tak kenal sesiapa pun dalam tayangan itu. Budak perempuan ? Seorang lelaki berbadan sasa dan mempunyai paras rupa yang agak familiar . Ada gadis yang cantik.. kakak kepada budak tadi kah? Bermacam - macam persoalan yang aku lemparkan. Masih tiada jawapan. Tapi , siapa mereka?

Tayangan itu semakin laju . Semakin laju , semakin lemah badan aku. Semakin laju ... semakin laju ... tangan aku masih berpaut pada pemegang. Bila - bila masa saja aku boleh lepaskan genggaman. Tayangan itu semakin laju , aku sendiri tak tahu apa yang di tayangkan. Tiba - tiba ia berhenti . Seolah-olah seseorang seseorang yang menekan butang Stop di remote kawalan tayangan ini. Kenapa tayangan ini berhenti di scene taman permainan. Taman permainan ? Kenapa ? Pertanda ke ini ? Di mana terletaknya taman permainan ini ?

Tayangan yang menunjukkan taman permainan itu berhenti selama 10 saat. Selama 10 saat itu lah , badan aku berhenti menggigil . Tapi hanya kaku di situ. Semuanya menjadi sunyi. Genggaman tangan aku dengan pemegang tangga itu masih kuat . Sehinggalah aku dengar suara . "Awak , tolong saya" . Segala - galanya berubah. Persekitaran sudah menjadi normal. Taman permainan itu sudah tiada. Tapi , secara automatic badan aku terus rebah. Aku berguling jatuh dari tangga. Dan segala-galanya hitam... aku tak ingat apa-apa...

Aku pengsan ?













No comments:

Post a Comment